Friday, May 21, 2010

SALAHKAH BERMADU ?


Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padamu
Kepada isteri muda
I say i love you..

Butang baju melayu abang mana Pah?? Pasti ramai yang tahu citer Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Filem tu, bukan saje buat kita ketawa tapi sebenarnya bagi kita banyak mesej mengenai keadaan sebenar hidup bermadu.. Senang ke? atau Manis ke semua yang hidup bermadu?

Jom kita baca luahan Salleh Yaakob pada satu pertemuan eksklusif dengan Hits di kediamannya di Apartmen Baiduri, Desa Pandan, Kuala Lumpur minggu lalu..


"Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. "Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi".

"Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan".

Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980. Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan - Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.

"Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu. "Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. Selepas kahwin, kami hidup bahagian tanpa masalah".

'Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai. "Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu dan tidak pernah berdendam".

Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah pun melangsungkan perkahwinan pada Disember lalu. Malah perkahwinan anak sulungya itu diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih. Merekan turut membantu bekas isteri Salih dalam memastikan majlis berlangsung dengan teratur.

"Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya mebimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup. Saya juga sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima". Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya. "Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa akan terjadi jika kita melihat wanita lain yang lebih cantik daripada isteri sendiri".

Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagian tanpa rasa cemburu atau benci. Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik-beradik dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Di sebalik kebahagian itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada ketiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.

Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya. "Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak. "Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga. "Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil".

So, kaum Adam camne? Nak juga ke bermadu? Bukan semua dapat buat seperti apa yang abang Salih Yaakob kita ni buat. Sebelum buat tu fikir2 la dulu. Jangan payung emas plak dijadikan alasan kalau kita tak mampu. Renungkan..

24 comments:

Masturah Idrus said...

sy bpendapat tak salah kalau nak bermadu jika nawaitu nya betul. jika bakal suami sy berhasrat begitu sy akan benarkan, tetapi dengan syarat sy sudah tak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna means sy sakit atau mandul.

dayna said...

salam, nak dapat payung emas tu bkn senang bagai dikata...kerelaan dan keikhlasan itu mmg susah nak dicapai,kalau satu pon blm tentu berkesempatan dalam segala hal mcm mana nak 2 atau lebih..fikir2 dulu sebelum buat.

Aidi-Safuan said...

hahaha... giler betol la salleh yaakob nih. idola semua lelaki nih. :P

PCL said...

pakcik belum pk lagi..hahah

Cahaya Keasyikan said...

Huahaha..why not kite jd cam isteri2 salleh 2 kn..?tp sblm kte jd cm 2,adakah suami anda layak..?adakah dia mampu?dan adakah anda rela tanpa sebarang benda burok yg akn di masa hadapan..?renung2kn & selamat beramal..wkakakka..kalu sy la..mmm...

kain_sari said...

sayer tak suke bermadu..sanggup berpisah..
hehee..;p

kaum adam memang suke bab nie...
meka pandai berkata2...lepas tuh hampeh jer....

harap maaf..
komen yg kurg bagus..
nie just pandangan syer..;p

adam said...

kain_sari: xpe,semua ada pendapat masing-masing. komen anda sangat dihargai :)

Nas said...

bermadu cam bez jewp...tapi,agak3 la...kalo xde mampu dr segi kewangan n seumpamanya..xya la....hrmmm

ASSOYFINGER67 said...

salam...cerite in i sangat menarik,berilmu dan berkesan..bukan semua orang dapat anugerah begitu dan saya juga memang peminat I FLLW...sinar pagi hahaha..taniah buat Bro SY dan awak juga...entri yg menarik

SufatihaNur said...

salam..noorfa pun nak komen gak la...poligami mmg x salah malah digalakkan asalkan ianya mengeratkan silaturahim bukan memutuskan silaturahim..tp, berapa byk rumahtangga yang hancur sbb suami nak poligami tp kemampuan xde..so sblm nak poligami, ukur baju dibadan sendiri dan if da konpem mampu adil dr semua segi br la laksanakan..sorry tau ini cuma pendapat je...

Syazana said...

ye.btul. tak slah berpoligami. setuju pndapat Mrs Infinity

Anonymous said...

ehem..rasenye..shahir menang x malam ni?

Vanilla Popsicle said...

tak salah kalau boleh berlaku adil :)

Aly said...

bermadu tu salah pun.. tp org yg tak ikut cara bermadu tu yg salah..

p/s:minum madu elok utk kesihatan XD

Unknown said...

kalau mampu bersikap adil,go.kita telah dimomokmomokkan dengan salahnya berpoligami.kesian kat kita sendiri.

HaiDa HiDa said...

menarik gak topik ni skank.. baru kemarin mak cerita pasal bermadu ni.. mak cakap "tua2 aku ni pun, kalau ayah nk kawen lain, aku tak bantah, tpi lepaskan aku".. hehehe..

saya pun kagum tgk wanita2 yg boleh hidup bermadu ni.. yg xder masalah la.. sama2 bantu dalam mengharmonikan lagi rumah tangga..

http://haida-hida.blogspot.com/2010/04/sanggupkah-anda-di-madukan.html

notti netti said...

I sanggup dimadukan kalo...suami kasik I satu bungalow,1 kondo, 3 bijik kereta edisi terkini, nafkah 10ribu sebulan...satu bibik, tiket penerbangan melancong ke ober the sea...dan 1 syarat lagi akan difikirkan...eheheheh

Nekmo said...

huhu..kita tak boleh membenci poligami kan?huhu..tapi kan..nek tak leh la nk kongsi kasih sayang...cewah..huhu..kalau madu tu..baik budi pekerti..ok la..tapi..klu madu pun ..ha!skirt takat paha..seksi seksa..nak bolot suami..edak kuasa teman...

Nor F!F! said...

boleh jer...mampu ke????
nak tolong pompuan eh???
sanggup ke kawen ngn pompuan hodoh??? asal nak kawen baru jer, nak yang muda...nape x ambik pompuan yang mmg xd org nak??? alasan laki, pompuan byk...nak tolong la konon...tapi...tolong ke nafsu????

Nor F!F! said...

boleh jer...mampu ke????
nak tolong pompuan eh???
sanggup ke kawen ngn pompuan hodoh??? asal nak kawen baru jer, nak yang muda...nape x ambik pompuan yang mmg xd org nak??? alasan laki, pompuan byk...nak tolong la konon...tapi...tolong ke nafsu????

adam said...

Thanks for all comments.
Adam tak berani la nak bermadu ni. Makan madu boleh la.. haha =)

myraVea said...

betul tuu adam..pompuan mane sanggup bermadu??satu dalam seribu..*acee

IxoR@ said...

wanita yg sanggup bermadu adalah wanita yang terpilih....

:)

Anonymous said...

Tk salah bermadu,,janji adil,,saya memula pun tk suka tp skg ni bila brfikir semula brmadu tk salah janji adil n tk alpa dlm tangungjawab,,kan bagus isteri2 tu rapat n boleh mengeratkn silaturahim,,,cuba jgn masyik fikir payung emas tu,,,kalo d takdirkn brmadu tu semua takdir allah swt yg kita sendiri tk boleh halang,,,cuma kita mampu brdoa agar rumahtangga kita aman n harmoni tampa rasa dengki mendengki,,,benci membenci,,,tu kn 1 perkara syaitan suka iaitu pergaduhan dan permusuhan,,bukan abis pun apa yg kita nak,,,maaf kalo saya ckp ada yg tersingung,,,tu bg pendapat saya ja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails