Thursday, July 29, 2010

LUNCH HOUR


Dah lunch? Kalau dah, pegi sambung keje balik. hehe.. Entry kali nk tgk beza org laki n perempuan time lunch. Korang baca la kat bwh ni..

Lelaki


1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Pegi surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku amik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa.Duduk. .
39. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Amik sudu n garpu
44. Duduk
45. Minum air
46. Start makan
47. Tengok-tengok orang sambil makan
48. Makan separuh..kenyang
49. Sebab dah minum air
50. Letak sudu, letak garpu
51. Pinggan tolak tepi
52. Kata makanan tak sedap
53. Borak2..tgk orang
54. Pukul 2, naik opis..
55. Ambik beg makeup, pegi surau!!

p/s: Betul ke ni? Senyum2 plak. Tak semua mcm ni kn.. hehe.. =)

Monday, July 26, 2010

LETIH @ SAKIT KEPALA? HIDUNG ANDA UBATNYA..


Selalu tak rasa letih @ sakit kepala? Sebelum pegi beli ubat atau jumpa doktor, kita try dulu terapi pernafasan ni. Kalau selalu amalkan secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan rileks. Info ni fakta tau..

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Adakah fungsi di kiri dan kanan sama untuk menarik dan menghembus nafas ?

Sebenarnya fungsi di kedua-dua belah tidak sama dan kita sendiri dapat rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan udara panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan udara sejuk).

Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, insyaAllah sakit kepala akan sembuh.

Jika kita berasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, kita akan rasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara panas, sementara lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah berasa sejuk. Lelaki plak bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah berasa marah.

p/s Jika terasa ingin bunuh diri plak, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa selepas tu. =)

Thursday, July 22, 2010

IBU @ SI DIA ?


-Bila seronok, aku cari... pasanganku
-Bila sedih, aku cari... ibu
-Bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... ibu
-Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat... ibuku
-Bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... ibu
-Bila sambut valentine.. aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu... aku ingat pasanganku
-Selalu.... ibu ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon ibu
-Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu

Ibuku pernah berpesan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

p/s: jgn sedih2. pegi tepon ibu skrg.. =)

Saturday, July 17, 2010

KALAULAH HAIWAN ADA FACEBOOK..


Korang ada facebook tak? Penah tak bagi komen kat wall facebook tu? Kalau entry yg lepas pasal luahan hati haiwan, entry kali ni nk tgk komen2 haiwan if depa ni ada facebook. hihihi...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Tikus: Aku makan mee goreng kat kedai mamak tadi. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu..

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Tuesday, July 13, 2010

NAMUNKU PUNYA HATI..

Salam.. Penah tak korang rasa kecik hati, merajuk dan apa2 yg sewaktu dgnnya kalau kena ejek, maki hamun atau diperlekehkan. Mesti penah kn.. Suka tak? Marah? So, kita pun jgn la wat kat org lain jugak kalau kita tak suka.
Sebenarnya just nk share lawak kat bwh ni pasal luahan haiwan2 kalau depa ni bleh bercakap. Tapi disebalik lawak ni ada pengajaran dia. Jom layan.. =)

Dengarlah luahan hati binatang-binatang ini, hihihi..

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cam lembu ye?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cam kambing ker ayam ker...

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh haruan mkn anak nie apahal? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan...kan..

Kenapa lak babitkan nama aku nie? apsal mcm kera kena belacan? Aku bukan makan sambal belacan pun. tak glamer langsung la!

Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? mulut bising cam murai tercabut ekor... Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..

Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam, arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, ini tak adil..

p/s: lps world cup ni, sotong plak yg tgh glamer..

Sunday, July 11, 2010

AWARD LAGI..

Berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu.. Ehh, silap plak. Sebenarnya nk bagitau dh berkurun simpan award ni. Sori ye pada semua pemberi award. Anyway thanx sbb bagi award2 ni kat adam. Sape yg tgh baca atau terbaca entri ni bleh la amik mana2 award yg berkenan k.. =)

01

award ni dtg dari cik kiwi dan farah nabila..

1.Adakah anda happy sekarang???
yurp, happy.

2. kenapa anda hepi?
sbb dpt award mr. happy, hihi..

3.Apakah bnde yg boleh buatkan anda hepi?
pegi bercuti, enjoy..

4.Pernahkan anda menerima tag??
dh byk dpt tp simpan. baru nk wat entry, huhu..

5.Nyatakan warna yg anda suka
biru

6.beritahu 9 org yg anda mahu tag
sape nk bleh amik k. jgn segan2 :)

7.tuliskan sesuatu tentang org yg anda tag. Tulis berjela pon x per.
jgn lupa basuh kain, haha..

8.adakah anda happy dgn apa yg anda ada sekarang?
rasanya semua ada. happy.. =)

02


award dari cik kiwi lagi..

1) kamu paling syg sape??
my family n frends

2) ape yang paling kamu suka buat??
jalan2 tmpt org

3) amende yg boley buat kamu jadi boring tahap dewa??
dgr ceramah yg tak faham

4) kalo p kfc xpun mcd, ape plg korg suka mkn, dan sebab suka makan tue??
double cheese burger. sedap woo!!

5) kamu minat sejarah x??
tak berapa minat. tapi spm dulu dpt A gak (bangga la plak, hehe..)

6) bg satu teka teki serta jawapan skali..pastikan betul2 lucu atau misteri..
lampu apa kalau dipecahkan keluar orgnya??
lampu jiran sebelah. try la pecahkan, hahaha...

7) banyak2 rumah, rumah ape idaman korang??
banglo yg ada swimming pool

8) tag 5 orang blogger lain..
semua blogger tersyg, sila ambil.. =)

03

award dari aliff nasir, fyzal dan fatihi..

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Fakta @ Auta. Saje suka2 :)

2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
http://basuhkain.blogspot.com
tetiba teringin nk wat blog masa tgh basuh kain, haha..

3. Apa method dalam penulisan anda?
sembang2, kongsi apa yg patut..

4. Penah terasa nak hapuskan blog?? Sebab musababnya?
blum lagi. baru je start blog ni.

5. Pernah ahli keluarga baca blog anda?
ada jugak.. malu beb!!

6. Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
ok je. benda ni subjektif.. masing2 ada pendapat..

7. Bila blog anda diberanakkan?
15 May 2010

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
si dia..

9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?
dh lama tak pegi sekolah.

10. Sepuluh orang yang seterusnya bakal di TAG.
nk award ye. amik la.. malu2 plak.. =)

04

award dari iza, fyzal dan peanut..

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.
Thanx pada tuan punye blog. wish u hepi always..

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg lain.
lps baca amik award k.. :)

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
amik award ni tau. majlis penyampaian award akan diadakn kat genting, hihi..

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best and great
Sape yg bagi gelaran ni?
thanx pd semua yg mengundi saya, haha.. (perasan la plak)

05

award dari cik zakiah dan shiyda..

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama tu ?
Fakta @ Auta. Saje suka2 :)

2. Jelaskan kenapa , bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama url blog anda .
http://basuhkain.blogspot.com
tetiba teringin nk wat blog masa tgh basuh kain, haha..

3. Bila blog anda mula beroperasi
15 May 2010

4. Siapa follower pertama anda
kena check blk la. jap ek..

5. Ucapan kepada si pemberi award
Thanx sbb bg award ni. raya nanti jemput dtg umah ya.. =)

6. Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini .
Semua patut dpt. amik ye.. =)

Tuesday, July 6, 2010

BILA ORANG POMPUAN KATA...


Dh lama tak update entry. mmg tak de masa. nk bw pun curi2 time bos takde, hihi.. Entry kali ni nk citer pasal bila org pompuan kata kat org laki. Btul ke tak bende ni, korang sendiri yg tau. mesti ada pengalaman kn? haha.. =)

1)Kalau pompuan kata : oklah wak, kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu... maleh dah nak sembang ngan ko.. boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe, saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk.. saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya : aku memang tak nak kat ko.. cakap lebih2 kang malu plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk? i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawab

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni... nanti i free i call u, okay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko, tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih... please. . kalo nak makan pun harap aku belanja, boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi! selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik balik cepat la... ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni... mcm tu.. bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me! ciri2 tu tak de kat ko.. so.. paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana? as what?
Maknanya : kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

Wednesday, June 30, 2010

CINTA TAK PERLU SEBAB


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

p/s: Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Renungkan =)

Friday, June 25, 2010

PANTANG LARANG - FAKTA KE AUTA ?

Entry kali ni nk citer tentang pantang larang. Org tua kita dulu2 mmg kuat berpantang larang ni. Start drpd lahir, anak dara, bertunang, kahwin dan nk pergi ke alam lain pun masih ada pantang larang yg nk kena ikut. Zaman skrg ni masih ada yg pecaya dgn benda ni dan ada gak yg dh malas nk ikut. Betul ke semua pantang larang ni atau ada sebab lain? Aduhai, fakta ke auta nih?

1. Jgn duduk atas bantal nanti bisul.

Fakta: Mesti la tak bleh duduk kat bantal, tak senonoh la korang ni. Bantal utk tido, kalau nk duduk pegi cari kerusi. Tapi korang pun takut nk wat kn? Mana la tau tak pasal2 kena bisul, seminggu mc, hahahaa..

2. Anak dara tak elok nyanyi kat dapor, nanti dapat laki tua.

Fakta: Abih la air liur korang masuk kat gulai tu. Patut la gulai kawah tu sedap.. Sudah2 la tu, berenti la nyanyi. Hangus plak ikan nanti.

3. Sblm kawin jgn makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Bebudak plak jgn makan pedal ayam sbb nanti susah waktu bersunat.

Fakta: Adoi, itu la part yg paling sedap nk mkn. Sebenarnya benda tu tak byk, berebut plak nanti. So, bg je la org tua mkn dulu. hehe..

4. Kalau ngintai org mandi, mata jadi ketumbit.

Fakta: Penah gak mata kena ketumbit ni. Tapi bila ingat2 blk tak de plak ngintai org. Tgk kat internet pun kira gak ke? wakaka... Sebenarnya, mmg la tak elok pun ngintai org mandi ni. Zaman dulu lagi la senang, toilet sume kat luar umah. Berlubang sana sini plak tu, ade gak yg kene cucuk ngan lidi nanti..

Ada lagi ke pantang larang lain yg korang tau? Jom kita kongsi sama2..
p/s: pantang tgk pompuan dahi licin, hihi...

Monday, June 21, 2010

FITRAH WANITA DAN LELAKI

FiTraH WaNita

Bila wanita itu diam,
Beribu perkara bermain di fikirannya..

Bila wanita itu tidak melawan,
Dia sedang berfikir dengan dalam..

Bila wanita itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia sedang bertanya berapa lama kamu akan berada di sampingnya..

Bila wanita menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia tidak ok sepenuhya..

Bila wanita merenung tajam pada kamu,
Dia tak sangka kamu menipunya..

Bila wanita baring di dada kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila wanita menelefon kamu setiap hari,
Dia mengharapkan perhatian kamu..

Bila wanita sms kamu setiap hari,
Dia mengharapkan balasan walaupun sekali..

Bila wanita berkata 'I love u',
Dia betul2 maksudkan nya..

Bila wanita berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia telah menetapkan hati bahawa kamu masa depannya..

Bila wanita berkata 'I miss u',
Tak ada sape yg lagi rindu kamu selain dia..

FiTraH LelaKi

Bila lelaki itu diam,
Tiada apa yang nak dikatakan..

Bila lelaki itu tidak melawan,
Dia tiada mood utk melawan..

Bila lelaki itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia betul2 konfius..

Bila lelaki menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia sebenarnya ok..

Bila lelaki merenung tajam pada kamu,
Dia betul2 marah..

Bila lelaki baring di kaki kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila lelaki menelefon kamu setiap hari,
Dia menghabiskan harinya mengharapkan perhatian kamu..

Bila lelaki sms kamu setiap hari,
Dia sedang forward sms yg dia dpt..

Bila lelaki berkata 'I love u',
Itu bukan kali pertama dia ucapkannya..

Bila lelaki berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia akan cuba bersama kamu sekurang-kurangnya seminggu..

Bila lelaki berkata 'I miss u',
Dia sedang ingatkan kamu selepas selesai urusan dengan kawan2nya..

p/s: tak semua mcm ni kn? so, jgn la amik serius sgt.. enjoy ur friendship =)

Thursday, June 17, 2010

ANUGERAH TERINDAH

Byk dh adam dpt anugerah terindah dari rakan2 blogger tp tak sempat nk jwb. Sori ek. Entry kali ni adam amik 3 award dulu. award yg lain adam jwb dlm next entry k. anyway thanx kpd sape yg bagi sume award ni kat adam..

aWaRd 1


1) Thanks the person who gave you the award and link the person
Thanx to dela sbb bagi award ni kat adam..
kalau sape nk tau, dela ni mmg rajin update blog die.
So, sape yg singgah tu baca n klik skali nuff kat blog dela ek..

2) Spread the words to 15 blogggers who you like and
you think their blogs are awesome!
adam bg kat semua yg blum ada award ni. all the bloggers deserve it =)

3) Tell 7 things about yourself
adam (bkn nama sebenar)
umur 27 tahun
engineer (keje ngan gomen)
Chelsea fan
suka travel (sape nk ikut?)
simple n flexible.. tak suka serabut2
suka kenakan org, haha..


aWaRd 2


Award ni plak dtgnye dari bro Aideal Fitri.
Klu nk tau skrg pukul brape, jenguk la kat blog aideal ni sbb ada jam.
Jgn tgk jam je, klik nuff skali k..

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
nk balik umah. dh seminggu duk sabah, huarghhh...

2. Apakah nama samaran anda ?
adam

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
mana bleh bagi. Syg woo!!

4. Panggilan untuk si dia ?
eh eh. malu la, ahahaha..

5. Hadiah yang anda impikan daripada
seseorang yang istimewa ?

tak nak apa2. nk dia je. Wahh!!

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
semua suke..

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
sape yg blum ada bleh amik. u all nice bloggers also :)


aWaRd 3


award ni cik zakiah yg bagi. Thanx ye..
sape yg singgah kat blog cik zakiah ni, sama2 la kita klik nuff dia ek.
Kalau tak larat klik dua kali, klik lima kali pun bleh.. =)

sblm amik award ni ade terma dan syarat yeee
1. si penerima wajib selesaikan 2 baris teratas pantun. *yg kaler pepel
2. dua baris bawah tuh kekal-kan. *yg kaler merah

Best gak ni, dh lama adam tak berpantun..
nah adam jual pantun ni,

cik zakiah org nye comel,
sape nk ngorat bg la bunge,
mmg aku rase blog aku comel,
kenape korang jeles ke?

ha, apa lagi. Jwb la, haha..
sape yg dh lama mengidam nk berpantun, bleh amik award ni k..

Tuesday, June 15, 2010

PERNAH KENA NGORAT TAK?



Minggu ni adam ada keje kat Sabah start ari isnin smpi jumaat. Mmg sibuk lately. Last week ada training, pastu adik plak kawin.. Tapi sempat lagi wat entry lepas dpt idea time mkn mlm tadi. Depan meja mkn adam ada la couple ni. Boyfriend dia cakap tak kenyang kalau sehari tak mkn bersama. Waduh2, romantik dan klasik skali ayat dia. Nk muntah pun ada gak time tu, haha.. Teringat plak zaman2 dulu..

Korang pernah kena ngorat tak? Atau korang kaki mengorat?

Kaum adam memang pandai bab ni. Ayat2 manis nak pikat pompuan, mula dari nak dapat nombor phone sampai la time nak declare memang dah jadi kepakaran kaum adam. Ntah cikgu mana yang ajar depa cara nak memikat pompuan. Jom la kita tengok, betul ke korang ada pengalaman mcm kat bwh ni.. =)

1. Nak mintak no phone mesti ada caranya. Salah mintak kalau tak bagi, aduihh malu beb! Time ni la bagi alasan mcm2. Senang nk contact if ada benda nk tanya; kalau sesat kat area umah dia bleh tunjukkan jln. Mcm2 la korang ni..

2. Dah dapat no phone, mula la buat-buat salah hantar mesej, tersalah call la. Pastu siap tanya lagi ni no sape. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Next step mesti selalu mesej tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke.. Sampai pukul 3 pagi still lagi nk mesej. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar.

4. Bila dh penat mesej, try la call plak. Kononnya kredit banyak sangat, tak abiskan, tamat tempoh nanti. Tapi sebenarnye, nak dengar suara sebelum tido. Nak hilangkan rindu la katakan..

5. Kalau rasa line dh clear, bleh la ajak keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai betul kaum adam ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan atau sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la tukar status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, padahal blum declare lagi. Perasan btul la korang ni..

7. Skrg ni mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja. Dh start kongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Tengah ada masalah pun, still lagi bleh buat lawak nk happykn keadaan.

8. Dan bila dh rasa sumenya ok, time ni la kaum adam nk start approach. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan dan bintang. Bleh percaya ke korang ni?

Bila dh declare, bermula la angau dan angan2 korang. Tapi tak semua yg indah itu akan indah smpi ke akhirnya. At least pengalaman mendewasakn kita. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu..

Friday, June 11, 2010

OH BULAN


Dan sebenarnya aku rindu
Dan sebenarnya ku tak mampu tanpamu.

Bagai pungguk rindukan bulan...

Sunday, June 6, 2010

PERNAHKAH...?



"Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian,
kamu sudah mula merinduinya.."

"Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali.. Seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembunyi dari pandangan mu.."

"Bila bersama dengan si dia, kamu berjalan sangat perlahan.
Takut cepat sampai ke tempat tujuan..
Ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.."

"Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia..
Malu-malu kucing.."

"Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa
berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju..
Mengalahkan kereta F1.."

"Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…"

"Dan ketika kamu melihat,tiada wajah lain lagi di sekeliling mu…
Hanya dia, dia dan dia..."

"Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental
sambil membayangkan wajah si dia…
Lagu Ayat-ayat Cinta pun kamu layan…"

"Kamu hanya memikirkan tentang dia sahaja…
Siang malam…"

"Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…
Seolah-olah di mana saja kamu pergi, bau itu menemani kamu membuat
kamu semakin merindui dia.."

"Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar
bila saja wajahnya bermain dibenak mu…"

Sudah, sudah.. Confirm korang tgh angau ni, hahaha..

Thursday, June 3, 2010

JOM JAWAB TAG

Hari ni adam nk jawab 2 tag yg adam dpt. Tag yang pertama ni
dah lama adam simpan tapi skrg baru bleh jawab.
Sori ye, adam sibuk n byk sgt kerja nk kena buat..
Anyway thanx kat yaty sbb bagi tag ni kat adam.
Yaty ni peramah org nye, sbb tu dia pun byk dpt tag dari blogger lain jugak.
Tak caya? Cuba singgah kat blog dia ni, http://yashapinky.blogspot.com

Ini dia tag yg adam dapat tu..

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tahu je.. Malas nk layan org cam nie..

2). 6 orang di hati anda?
6 orang yang tersayang

3). Anda rasa anda comel?
9/10 rakyat Malaysia kata adam comel (survey sendiri)

4). Single or taken?
Adam + Maya + Amani =)

5). Blog yang anda suka?
My blog n blog my Follower

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Sudah semestinya

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
I don’t want miss a thing - Aerosmith

8). Last text message?
Ok..

9). Last phone call?
office mate

10). Hari terakhir anda menangis?
Waktu lahir kot (iye ke?)

11). List lima color favorite anda?
Biru, biru laut, biru pekat, biru pudar, biru cair

12). Orang terakhir anda ber-YM?
dh lama tak ber-YM. skrg guna G-Talk je..

13). Game paling anda suka?
Football Manager

14). Adakah anda peminat MCR?
MCR ?? apa tue?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Suka sbb first time buat, hehe..

16). Anda rasa tag ini best?
best woo!!

Tag lagi 3 orang

+akufobia+
cik jari
Nadia


Tag no. 2 ni cik ninie_azriena yg bagi.
Thanx ye.. Berjaya gak adam siapkan..
Mmg cute blog cik ninie kita ni.
Kpd sesape yg singgah tu, klik nuff dia skali ek.
Jom baca tag yg dia bagi ni..

1. tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir
tutup tv, cabut plug pastu tdo..

2. reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
setakat bergurau, ok je..

3. reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite
wat biasa jer
tapi kat hati suke giler, hihi..

4. maxis or celcom
Maxis prepaid
Celcom broadband

5. TIGA bad habit
banyak ni, tak muat nk tulis..

6. apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
biarkan je. dh minat nk wat camne, hehe..

7. apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
buat tak tau je la
tapi setakat ni masih mampu slowkan bunyi lagi, haha..
korang pun sama gak kan? tak nak ngaku la tu =)


random question about your relationship
(adam dh kawin tapi nk jawab gak..)

1. the date u have declared with ur first couple
si dia suruh rahsiakan. ye la tu..

2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui gf anda
tepon dia sampai abis kredit

3. adakah anda mempercayai gf anda 100%
99%

4. how ur first date with ur 1st couple
malu2 kucing..

5. adakah anda rasa gf anda pandai pujuk
sgt pandai

6. reaksi & tindakan anda bila gf anda habiskan kredit untuk orang lain
Ok je

7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex
tak per
kisah lama jgn dikenang

8. adakah anda akan menelefon gf anda jika disuruh
tak payah tgg suruh dh tepon.

9. reaksi anda bila gf anda masih berhubungan dengan ex dy.
jeles la beb, mana bleh.
tak sanggup dimadukan, haha..

pheww..
senang je jawab tag ni
nk tau senang ke susah
try la jawab
skrg korang plak cuba k, hehe..

jue
eyqa
tweety suwitt

Monday, May 31, 2010

I LOVE U SON..

Dear son...


The day that you see me old and I am already not, have patience and try to understand me …

If I get dirty when eating… if I can not dress… have patience. Remember the hours I spent teaching it to you.


If, when I speak to you, I repeat the same things thousand and one times… do not interrupt me… listen to me.
When you were small, I had to read to you thousand and one times the same story until you get to sleep…

When I do not want to have a shower, neither shame me nor scold me…
Remember when I had to chase you with thousand excuses I invented, in order that you wanted to bath…

When you see my ignorance on new technologies… give me the necessary time and not look at me with your mocking smile…

I taught you how to do so many things… to eat good, to dress well… to confront life…

When at some moment I lose the memory or the thread of our conversation… let me have the necessary time to remember… and if I cannot do it, do not become nervous… as the most important thing is not my conversation but surely to be with you and to have you listening to me…

If ever I do not want to eat, do not force me. I know well when I need to and when not.

When my tired legs do not allow me walk...




… give me your hand… the same way I did when you gave your first steps.




And when someday I say to you that I do not want to live any more… that I want to die… do not get angry… some day you will understand…

Try to understand that my age is not lived but survived.

Some day you will discover that, despite my mistakes, I always wanted the best thing for you and that I tried to prepare the way for you..

You must not feel sad, angry or impotent for seeing me near you. You must be next to me, try to understand me and to help me as I did it when you started living.



Help me to walk… help me to end my way with love and patience. I will pay you by a smile and by the immense love I have had always for you.



I love you son…

Your father.

Friday, May 28, 2010

WANITA ITU CANTIK..


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik...

Setiap kaum Adam ada wanita di belakangnya. Tak kira, ibu, kakak, adik atau isteri, hargailah.. Pengorbanan seorang wanita.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails