Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, July 26, 2010

LETIH @ SAKIT KEPALA? HIDUNG ANDA UBATNYA..


Selalu tak rasa letih @ sakit kepala? Sebelum pegi beli ubat atau jumpa doktor, kita try dulu terapi pernafasan ni. Kalau selalu amalkan secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan rileks. Info ni fakta tau..

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Adakah fungsi di kiri dan kanan sama untuk menarik dan menghembus nafas ?

Sebenarnya fungsi di kedua-dua belah tidak sama dan kita sendiri dapat rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan udara panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan udara sejuk).

Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, insyaAllah sakit kepala akan sembuh.

Jika kita berasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, kita akan rasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara panas, sementara lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah berasa sejuk. Lelaki plak bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah berasa marah.

p/s Jika terasa ingin bunuh diri plak, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa selepas tu. =)

Monday, May 24, 2010

BANTAL DAN ANDA..


Terdapat kajian mengenai perwatakan seseorang dengan bantal yang digunakan sewaktu tidur. Anda kategori mana?? Malu la tu nak ngaku =)

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yangboleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tak suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak Punya Bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!...jenis kedekut tahi hidung masin !!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails