Wednesday, June 30, 2010

CINTA TAK PERLU SEBAB


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

p/s: Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Renungkan =)

Friday, June 25, 2010

PANTANG LARANG - FAKTA KE AUTA ?

Entry kali ni nk citer tentang pantang larang. Org tua kita dulu2 mmg kuat berpantang larang ni. Start drpd lahir, anak dara, bertunang, kahwin dan nk pergi ke alam lain pun masih ada pantang larang yg nk kena ikut. Zaman skrg ni masih ada yg pecaya dgn benda ni dan ada gak yg dh malas nk ikut. Betul ke semua pantang larang ni atau ada sebab lain? Aduhai, fakta ke auta nih?

1. Jgn duduk atas bantal nanti bisul.

Fakta: Mesti la tak bleh duduk kat bantal, tak senonoh la korang ni. Bantal utk tido, kalau nk duduk pegi cari kerusi. Tapi korang pun takut nk wat kn? Mana la tau tak pasal2 kena bisul, seminggu mc, hahahaa..

2. Anak dara tak elok nyanyi kat dapor, nanti dapat laki tua.

Fakta: Abih la air liur korang masuk kat gulai tu. Patut la gulai kawah tu sedap.. Sudah2 la tu, berenti la nyanyi. Hangus plak ikan nanti.

3. Sblm kawin jgn makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Bebudak plak jgn makan pedal ayam sbb nanti susah waktu bersunat.

Fakta: Adoi, itu la part yg paling sedap nk mkn. Sebenarnya benda tu tak byk, berebut plak nanti. So, bg je la org tua mkn dulu. hehe..

4. Kalau ngintai org mandi, mata jadi ketumbit.

Fakta: Penah gak mata kena ketumbit ni. Tapi bila ingat2 blk tak de plak ngintai org. Tgk kat internet pun kira gak ke? wakaka... Sebenarnya, mmg la tak elok pun ngintai org mandi ni. Zaman dulu lagi la senang, toilet sume kat luar umah. Berlubang sana sini plak tu, ade gak yg kene cucuk ngan lidi nanti..

Ada lagi ke pantang larang lain yg korang tau? Jom kita kongsi sama2..
p/s: pantang tgk pompuan dahi licin, hihi...

Monday, June 21, 2010

FITRAH WANITA DAN LELAKI

FiTraH WaNita

Bila wanita itu diam,
Beribu perkara bermain di fikirannya..

Bila wanita itu tidak melawan,
Dia sedang berfikir dengan dalam..

Bila wanita itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia sedang bertanya berapa lama kamu akan berada di sampingnya..

Bila wanita menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia tidak ok sepenuhya..

Bila wanita merenung tajam pada kamu,
Dia tak sangka kamu menipunya..

Bila wanita baring di dada kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila wanita menelefon kamu setiap hari,
Dia mengharapkan perhatian kamu..

Bila wanita sms kamu setiap hari,
Dia mengharapkan balasan walaupun sekali..

Bila wanita berkata 'I love u',
Dia betul2 maksudkan nya..

Bila wanita berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia telah menetapkan hati bahawa kamu masa depannya..

Bila wanita berkata 'I miss u',
Tak ada sape yg lagi rindu kamu selain dia..

FiTraH LelaKi

Bila lelaki itu diam,
Tiada apa yang nak dikatakan..

Bila lelaki itu tidak melawan,
Dia tiada mood utk melawan..

Bila lelaki itu melihat dengan renungan yang penuh persoalan,
Dia betul2 konfius..

Bila lelaki menjawab "saya ok" selepas beberapa ketika,
Dia sebenarnya ok..

Bila lelaki merenung tajam pada kamu,
Dia betul2 marah..

Bila lelaki baring di kaki kamu,
Dia berharap kamu miliknya..

Bila lelaki menelefon kamu setiap hari,
Dia menghabiskan harinya mengharapkan perhatian kamu..

Bila lelaki sms kamu setiap hari,
Dia sedang forward sms yg dia dpt..

Bila lelaki berkata 'I love u',
Itu bukan kali pertama dia ucapkannya..

Bila lelaki berkata dia tak boleh hidup tanpa kamu,
Dia akan cuba bersama kamu sekurang-kurangnya seminggu..

Bila lelaki berkata 'I miss u',
Dia sedang ingatkan kamu selepas selesai urusan dengan kawan2nya..

p/s: tak semua mcm ni kn? so, jgn la amik serius sgt.. enjoy ur friendship =)

Thursday, June 17, 2010

ANUGERAH TERINDAH

Byk dh adam dpt anugerah terindah dari rakan2 blogger tp tak sempat nk jwb. Sori ek. Entry kali ni adam amik 3 award dulu. award yg lain adam jwb dlm next entry k. anyway thanx kpd sape yg bagi sume award ni kat adam..

aWaRd 1


1) Thanks the person who gave you the award and link the person
Thanx to dela sbb bagi award ni kat adam..
kalau sape nk tau, dela ni mmg rajin update blog die.
So, sape yg singgah tu baca n klik skali nuff kat blog dela ek..

2) Spread the words to 15 blogggers who you like and
you think their blogs are awesome!
adam bg kat semua yg blum ada award ni. all the bloggers deserve it =)

3) Tell 7 things about yourself
adam (bkn nama sebenar)
umur 27 tahun
engineer (keje ngan gomen)
Chelsea fan
suka travel (sape nk ikut?)
simple n flexible.. tak suka serabut2
suka kenakan org, haha..


aWaRd 2


Award ni plak dtgnye dari bro Aideal Fitri.
Klu nk tau skrg pukul brape, jenguk la kat blog aideal ni sbb ada jam.
Jgn tgk jam je, klik nuff skali k..

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
nk balik umah. dh seminggu duk sabah, huarghhh...

2. Apakah nama samaran anda ?
adam

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
mana bleh bagi. Syg woo!!

4. Panggilan untuk si dia ?
eh eh. malu la, ahahaha..

5. Hadiah yang anda impikan daripada
seseorang yang istimewa ?

tak nak apa2. nk dia je. Wahh!!

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
semua suke..

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
sape yg blum ada bleh amik. u all nice bloggers also :)


aWaRd 3


award ni cik zakiah yg bagi. Thanx ye..
sape yg singgah kat blog cik zakiah ni, sama2 la kita klik nuff dia ek.
Kalau tak larat klik dua kali, klik lima kali pun bleh.. =)

sblm amik award ni ade terma dan syarat yeee
1. si penerima wajib selesaikan 2 baris teratas pantun. *yg kaler pepel
2. dua baris bawah tuh kekal-kan. *yg kaler merah

Best gak ni, dh lama adam tak berpantun..
nah adam jual pantun ni,

cik zakiah org nye comel,
sape nk ngorat bg la bunge,
mmg aku rase blog aku comel,
kenape korang jeles ke?

ha, apa lagi. Jwb la, haha..
sape yg dh lama mengidam nk berpantun, bleh amik award ni k..

Tuesday, June 15, 2010

PERNAH KENA NGORAT TAK?



Minggu ni adam ada keje kat Sabah start ari isnin smpi jumaat. Mmg sibuk lately. Last week ada training, pastu adik plak kawin.. Tapi sempat lagi wat entry lepas dpt idea time mkn mlm tadi. Depan meja mkn adam ada la couple ni. Boyfriend dia cakap tak kenyang kalau sehari tak mkn bersama. Waduh2, romantik dan klasik skali ayat dia. Nk muntah pun ada gak time tu, haha.. Teringat plak zaman2 dulu..

Korang pernah kena ngorat tak? Atau korang kaki mengorat?

Kaum adam memang pandai bab ni. Ayat2 manis nak pikat pompuan, mula dari nak dapat nombor phone sampai la time nak declare memang dah jadi kepakaran kaum adam. Ntah cikgu mana yang ajar depa cara nak memikat pompuan. Jom la kita tengok, betul ke korang ada pengalaman mcm kat bwh ni.. =)

1. Nak mintak no phone mesti ada caranya. Salah mintak kalau tak bagi, aduihh malu beb! Time ni la bagi alasan mcm2. Senang nk contact if ada benda nk tanya; kalau sesat kat area umah dia bleh tunjukkan jln. Mcm2 la korang ni..

2. Dah dapat no phone, mula la buat-buat salah hantar mesej, tersalah call la. Pastu siap tanya lagi ni no sape. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Next step mesti selalu mesej tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke.. Sampai pukul 3 pagi still lagi nk mesej. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar.

4. Bila dh penat mesej, try la call plak. Kononnya kredit banyak sangat, tak abiskan, tamat tempoh nanti. Tapi sebenarnye, nak dengar suara sebelum tido. Nak hilangkan rindu la katakan..

5. Kalau rasa line dh clear, bleh la ajak keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai betul kaum adam ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan atau sewa kereta.

6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la tukar status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, padahal blum declare lagi. Perasan btul la korang ni..

7. Skrg ni mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak bermanja. Dh start kongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut. Tengah ada masalah pun, still lagi bleh buat lawak nk happykn keadaan.

8. Dan bila dh rasa sumenya ok, time ni la kaum adam nk start approach. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan dan bintang. Bleh percaya ke korang ni?

Bila dh declare, bermula la angau dan angan2 korang. Tapi tak semua yg indah itu akan indah smpi ke akhirnya. At least pengalaman mendewasakn kita. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu..

Friday, June 11, 2010

OH BULAN


Dan sebenarnya aku rindu
Dan sebenarnya ku tak mampu tanpamu.

Bagai pungguk rindukan bulan...

Sunday, June 6, 2010

PERNAHKAH...?



"Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian,
kamu sudah mula merinduinya.."

"Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali.. Seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembunyi dari pandangan mu.."

"Bila bersama dengan si dia, kamu berjalan sangat perlahan.
Takut cepat sampai ke tempat tujuan..
Ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.."

"Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia..
Malu-malu kucing.."

"Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa
berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju..
Mengalahkan kereta F1.."

"Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…"

"Dan ketika kamu melihat,tiada wajah lain lagi di sekeliling mu…
Hanya dia, dia dan dia..."

"Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental
sambil membayangkan wajah si dia…
Lagu Ayat-ayat Cinta pun kamu layan…"

"Kamu hanya memikirkan tentang dia sahaja…
Siang malam…"

"Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…
Seolah-olah di mana saja kamu pergi, bau itu menemani kamu membuat
kamu semakin merindui dia.."

"Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar
bila saja wajahnya bermain dibenak mu…"

Sudah, sudah.. Confirm korang tgh angau ni, hahaha..

Thursday, June 3, 2010

JOM JAWAB TAG

Hari ni adam nk jawab 2 tag yg adam dpt. Tag yang pertama ni
dah lama adam simpan tapi skrg baru bleh jawab.
Sori ye, adam sibuk n byk sgt kerja nk kena buat..
Anyway thanx kat yaty sbb bagi tag ni kat adam.
Yaty ni peramah org nye, sbb tu dia pun byk dpt tag dari blogger lain jugak.
Tak caya? Cuba singgah kat blog dia ni, http://yashapinky.blogspot.com

Ini dia tag yg adam dapat tu..

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tahu je.. Malas nk layan org cam nie..

2). 6 orang di hati anda?
6 orang yang tersayang

3). Anda rasa anda comel?
9/10 rakyat Malaysia kata adam comel (survey sendiri)

4). Single or taken?
Adam + Maya + Amani =)

5). Blog yang anda suka?
My blog n blog my Follower

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Sudah semestinya

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
I don’t want miss a thing - Aerosmith

8). Last text message?
Ok..

9). Last phone call?
office mate

10). Hari terakhir anda menangis?
Waktu lahir kot (iye ke?)

11). List lima color favorite anda?
Biru, biru laut, biru pekat, biru pudar, biru cair

12). Orang terakhir anda ber-YM?
dh lama tak ber-YM. skrg guna G-Talk je..

13). Game paling anda suka?
Football Manager

14). Adakah anda peminat MCR?
MCR ?? apa tue?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Suka sbb first time buat, hehe..

16). Anda rasa tag ini best?
best woo!!

Tag lagi 3 orang

+akufobia+
cik jari
Nadia


Tag no. 2 ni cik ninie_azriena yg bagi.
Thanx ye.. Berjaya gak adam siapkan..
Mmg cute blog cik ninie kita ni.
Kpd sesape yg singgah tu, klik nuff dia skali ek.
Jom baca tag yg dia bagi ni..

1. tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir
tutup tv, cabut plug pastu tdo..

2. reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
setakat bergurau, ok je..

3. reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite
wat biasa jer
tapi kat hati suke giler, hihi..

4. maxis or celcom
Maxis prepaid
Celcom broadband

5. TIGA bad habit
banyak ni, tak muat nk tulis..

6. apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
biarkan je. dh minat nk wat camne, hehe..

7. apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
buat tak tau je la
tapi setakat ni masih mampu slowkan bunyi lagi, haha..
korang pun sama gak kan? tak nak ngaku la tu =)


random question about your relationship
(adam dh kawin tapi nk jawab gak..)

1. the date u have declared with ur first couple
si dia suruh rahsiakan. ye la tu..

2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui gf anda
tepon dia sampai abis kredit

3. adakah anda mempercayai gf anda 100%
99%

4. how ur first date with ur 1st couple
malu2 kucing..

5. adakah anda rasa gf anda pandai pujuk
sgt pandai

6. reaksi & tindakan anda bila gf anda habiskan kredit untuk orang lain
Ok je

7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex
tak per
kisah lama jgn dikenang

8. adakah anda akan menelefon gf anda jika disuruh
tak payah tgg suruh dh tepon.

9. reaksi anda bila gf anda masih berhubungan dengan ex dy.
jeles la beb, mana bleh.
tak sanggup dimadukan, haha..

pheww..
senang je jawab tag ni
nk tau senang ke susah
try la jawab
skrg korang plak cuba k, hehe..

jue
eyqa
tweety suwitt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails