Tuesday, May 18, 2010

WHY MEN DON'T LISTEN; WOMEN CAN'T STOP TALKING


Lelaki berbeza dengan perempuan. Memang la.. Kalau lelaki nak ke toilet, biasanya atas satu tujuan yang jelas, iaitu buang air (besar ke kecik tak payah la nak citer kat sini!)

Tapi perempuan kalau ke toilet selain tujuan utama. Biasanya ada tujuan lain, (maybe nak bersolek atau ajak kawan perempuan dia berborak pasal pujaan hati dia..) Jadi jangan heran kalau perempuan sering ajak kawan perempuannya yang lain ke toilet. Cuba kalau abang Osman ajak abang Rosli ke toilet sama-sama..

Sebagian besar lelaki suka mendominasi remote control TV dan tukar channel bila iklan; padahal perempuan ok je tengok iklan, tambah2 lagi kalau yang lakonkan iklan tu Aaron Aziz.

Kalau stress, perempuan suka makan coklat dan pergi shopping; Bagi lelaki, yang merokok pasti sedang mengepulkan asapnya, atau menjadi marah-marah atau buat diam aja.

"Lelaki itu kurang sensitif, kurang bagi perhatian, buat tak dengar kalau tengah bercakap, tidak hangat, suka diam saja, tak tunjukkan kasih sayang, tak berani ada komitmen!"

"Perempuan plak kalau baca peta suka salah,mtiba2 moody, kalau bercakap susah nak berhenti, dah la tak berhenti, kadang2 dia sendiri tak faham apa yang dileterkan..

Familiar tak dengan semua ni? Banyak hubungan lelaki dan perempuan, suami dan isteri menjadi rumit kerana lelaki selalu tak faham kenapa la pemikiran perempuan tak sama seperti mereka, dan perempuan plak harapkan lelaki ni boleh faham jalan pemikiran mereka. So, sepasang suami isteri Allan & Barbara Pease melalui pengalaman dan kajian merekan telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul, "Why Men Don't Listen & Women Can't Stop Talking".

Buku tersebut menjelaskan lelaki dan perempuan sebenarnya telah berevolusi secara fizik tapi masih membawa kebiasaan dari cara kehidupan zaman purba. Waktu tu kan lelaki berburu, perempuan tinggal di gua. Adam melindungi, hawa mengurus anak. Akibatnya, tubuh dan otak pun berkembang mengikut kebiasaan cara hidup dulu. Selama jutaan tahun, struktur otak lelaki dan perempuan terus berubah dengan caranya masing-masing. Sampailah kita pada zaman moden ini, kaum adam dan hawa sangat berbeza dalam memproses informasi yang masuk ke otaknya. Jalan pemikiran, pemahaman, persepsi dan tingkahlaku pun berbeza.

Cerita seperti kat bawah ni pun mesti selalu berlaku:

Adam : "Mentega mana ya?"

Hawa : "Dalam peti ais"

Adam : "Tak de pun" - sambil terus mencari dalam peti ais...

Hawa : "Macam mana boleh tak de? Dari dulu memang kat situ"

Adam : "Mana? Tak de pun. Puas dah cari. Memang tak de pun dalam peti ais tu"

Terus si Hawa ke dapur, mencari dalam peti ais dan ...secara ajaib, tangannya dah pun memegang mentega. Apa komen selanjutnya dari si Adam?

"Kat situ je... tapi tadi camna boleh tak nampak plak!"

Kejadian macam ini memang sering berulang, ketika si Adam mencari buah Strawberry buah Nenas plak yang dia jumpa, padahal Strawberry tu ada je kat belakang Nenas ...

Alahai, kaum Adam. Lelaki selalu rasa yang perempuan suka letakkan barang-barang, baik mentega, gunting, handphone, kunci rumah, dompet di tempat yang susah nak jumpa- sebenarnya ada je kat situ. Tapi entah kenapa mata lelaki ni susah sangat nak nampak.

Sebenarnya menurut kajian, kaum Hawa mempunyai jangkauan sudut pandangan yang lebih besar daripada lelaki. Bila diukur dari hidung, boleh mencapai 45 darjah ke arah kiri-kanan-atas-bawah, bahkan ada yang mencapai 180 darjah. So, orang perempuan ni boleh melihat barang-barang dalam almari atau laci tanpa menggerakkan kepalanya. Sementara kaum Adam kalau melihat sesuatu lebih kepada memfokus dan otaknya memproses seolah mereka melihat dalam terowong yang panjang.

Kenapa kaum Hawa susah berhenti bercakap? Dalam struktur otak mereka, kemampuan untuk berbicara adalah kerja di bahagian depan otak kiri dan sebagian kecil di otak sebelah kanan. Sementara buat lelaki, kemampuan berbicara dan bahasa itu bukan kemampuan otak yang kritis. Jadi jangan heran kalau kaum Hawa banyak cakap dan susah nak berhenti sebab kedua-dua belah otaknya mampu bekerja sekaligus. Otak lelaki pula mampu mengasingkan informasi yang masuk. Pada malam hari, setelah seharian bekerja, lelaki boleh menyimpan semua maklumat penting di otaknya. Sementara otak perempuan tidak bekerja seperti itu. Maklumat atau masalah yang diterimanya akan terus berputar-putar dalam otaknya. Dan ini tidak akan berhenti sehingga segala isi otaknya dicurahkan. Sebab tu, kalau perempuan berbicara, tujuannya adalah untuk mengeluarkan isi masalahnya, bukan untuk mencari kesimpulan atau penyelesaian.


Jom kita renung bersama kisah-kisah di atas. Mana tau boleh jadi panduan hidup. Lelaki dan perempuan memang dijadikan untuk hidup berpasangan, cuma kita je perlu pandai mencari keserasian untuk mencapai kebahagian..

25 comments:

Farah-Izzaty said...

info yg sgt menarik..!! keep up the good work..! =D

Umie gg rabbit said...

wah!! menarik nye entry nie..LOVE IT ~

Rina Rossoneri said...

best entry nih..sebenarnya perbezaan itulah menjadikan sst hubungan tu menarik kan..saling belajar antara satu sama lain..

atiza-irmeahs ransom said...

lol..patotlah abah sy cari brg slalu xjumpa..haha

adam said...

Farah-Izzaty: Time kasih :)

Umie Nadhirah: Thanx..

rossoneri: betul tu, makin kita belajar makin kita kenal org tu..

atiza shaemri: abah saya pun :)

ASSOYFINGER67 said...

BCOZ EVERYBODY WANT TO WIN......haha

jue said...

like this

Vanilla Popsicle said...

kalau stress aku tak suka makan chocolate dan shopping. aku suka tido. hahahahaha :D
nikmat!

Loyar Lawa said...

ooooo begitu al kesahnye....huhuhu

dayna said...

kita dah tau mana kita ltk brg2 tue..
diorang mana familiar sumer nie..aduss jgn bikin panasss!! saje jer.., kajian yg menarik n fakta yg jelas...tq Bro.

Unknown said...

woaa.ajaib.haha.

sugar2 kapas strawberry said...

disini sy hendak buat pengakuan...


sy mmg suke berckp..ahahahahha ;)))


suke n3 anda!

definitely.me said...

uish! tersgt lah btoi.
hahahahaha!
mengaku! :P

- Ms. Izyan - said...

suke entry nih!!! :D

Cik Bayan said...

hahahaha...bagus2..tapi bab peta tuh bayan teror yee,sbb bayan dak outdoor...teeetttt

Nunu Jamri said...

perkara normal..hikhik(*_^)

DaKMuO said...

Sbb tu pompuan dijadikan utk lelaki..
dan lelaki dijadikan utk pompuan..

ingt.. bkn pompuan utk pompuan..
dan bukan laki utk laki..


haa.. de kena mengena ke pe aku ckp ngan entry ni ek???


Jom Terjah > http://dakmuo.frenzyfm.my

Anonymous said...

ellis suke cakap banyak..ekek

kain_sari said...

tulah perbezaan antara lelaki n perempuan..;p

kalau sama jerk..takdelah keistimewaan masing2..;p

adam said...

Thanx for all comments =)

.Am-OH-Am. said...

sebab itu leleki sesuai dengan perempuan.
saling melengkapi kan? :)

- elina - said...

sbb 2 org kata,pompuan ni complicated..
keh kehh..
:P

Nadia said...

hahah best entry ni. gelak sorang2 baca sbb mmg betul. =)

aien said...

walaupun terlambat.. nk komen gak.. heee


i like it!!! mmg betul la.. hehe

AzianKhalil said...

haha...aku suka,aku suka baca ni..kena print kasik 'my luv' baca sama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails