Wednesday, June 30, 2010

CINTA TAK PERLU SEBAB


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu . Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

p/s: Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Renungkan =)

46 comments:

meowwmania said...

nice post!

thanks for sharing ;)

Nur Suaidah Bachok said...

sukaaaa!! :)
ttbe rasa nk kawin. hahahaa

cik jari said...

kalau kita kata "aku mencintaimu kerana agamamu...."..leh ke kata camtuh??

suerafe said...

perrrghhh , thumbs up :)

Kekunci Merah said...

salam..

nice post...

Anonymous said...

suka dgn cik jari.
ada org ckp 'aku mencintai lelaki itu krna agamanya, hilang agamanya, hilangla cintaku'

sya rsa ni lebih kpd religious kot. hehe nce post!

Unknown said...

waaa....suka2...nice post..
btuah btol isteri si suami itu..hik

Mama Durrany said...

cik adam pun begitu jua ke?

sab said...

waaah..

suka entri ni!!

Unknown said...

eheh . suke suke ! =p

Cik Yana said...

Luv dis entry!!! :))

anassuhada said...

suke bace yg ni.. bes nye kalau dpt suami camni.. wawawa...

+qasih nadira+ said...

perkongsian yang manis untuk dikongsi~terima kasih~

kay-N said...

yerp sy agree..cinta xperlu sbb..smpi skng sy pn xtau knapeeee..haha ..=pp

AkuAyie said...

nk tawen...nk tawen...!! heehe

ney said...

huhu,sangat mendalam~org memng takkn puas aty kalo their partner tak bg sebb nape suke kat die,maybe dia nak compliment~

pernah dengar ustaz ckp,orng yang selalu masuk umah tak bagi salam,nanty rumahtangga takkan aman~maybe sebb ada anjing tu lah kan~

tenkiu=)

semoga dia faham said...

org yg sy kenal penah tnya solan ni..
harap jawapan ni cukup complete...

adam said...

meowwmania: sharing is caring :)

Nur Su'aidah: nk kawin nanti jgn lupa jemput, hihi..

cik jari: itu la yg terbaik. cinta yg kekal hanya kepadaNya.

sueIM: thank you =)

ruzzEzanie: time kasih :)

ayuni.eleena.M.T.azar: kepadaMu kekasih aku berserah..

echah mashuri: bertuah sape yg dpt, hihi..

Norfazidah Saari: adam pun camtu gak, cewahhh. :)

cik pingu: tengkiu =)

Gurlinrainbow: time kasih :)

Cik Yana: thanx :D

anassuhada: suami camni ada kat blog ni, hahaha..

+qAsiH naDiRa+: ur welcome =)

kay-N: cinta itu buta, ngeee..

AkuAyie: esk bleh jumpa tok kadi, haha..

ney: bagi salam amalan mulia. doa sesama saudara =)

semoga dia faham: moga entri ni dpt membantu :)

zulkoa said...

en3 yg besh..hehe~same2 la kite siram jiwa kite nga pembacaan sebegini kerana akhlak kite terzahir dari sifat hati kita..

:)

nIsYa said...

bukan semua perkara mempunyai sebab knape ianya terjadi

peaNut said...

setuju habis ngn entry ni....sbb tu kdg2 org kata cinta tu membutakan...tp,, x salah menyintai kan...huhu

Unknown said...

waa.

miss ice said...

tersentuh jiwa bc entry ni..sob2..

Faten Rosli said...

cinta adalah 1 anugerah..
ia xdpt diungkapkan ngn kata..
nice post..=)

- zuriey - said...

sayu nya membacanya.. tapi memang tak leh disangkal yang perempuan suka bertanya soalan sebegitu

Nine said...

suka :)

perkongsian yg menarik ..setuju ngan p/s tu :)

YuSeNzE - KniGhT said...

Good points =)

Kebanyakan orang gagal untuk mendefinisikan cinta dari konteks sebegini. Kerana, lumrah yang sering dilihat dari kacamata cinta adalah...

1.Rupa paras
2.Harta

2 perkara itu dituntut, tetapi ramai yang terlalu mengagungkan tuntutan tersebut.

Nekmo said...

aku faham..hmm...

Sofiayantie said...

like dis post.. ^^

SheyPull said...

memang btl..cinta..bukan bersebab..:)

aida said...

pernah baca story ni.. huhuhuhu

sangat2 best kalu jmpe jdoh yg btul2 utk kite~

adam said...

Cik Ubi: setuju. akhlak yg baik dtg dari hati yg bersih..

nisya: byk perkara tak bleh dijelaskan dgn kata2. :)

peaNut: yurp. tak salah menyintai dan dicintai..

+akufobia+: ngeee..

ice ice: adam pun sama, huhu.. =)

misz FaTiN: antara anugerah terindah..

-zuriey-: fitrah org pompuan. :)

Nine: memberi salam amalan mulia =)

YuSeNzE-KniGhT: rupa paras dan harta bkn milik manusia. hanya pinjaman sementara.. :)

nenek moden: hmmm, adam pun faham jugak, hihi..

Sophia Rani: thanx =)

SheY PuLL: cinta itu indah..

NiNa': moga bertemu jodoh yg baik, insyaAllah :)

nuriz said...

masuk umah kena bagi salam..nanti bleh halau setan

adam said...

nuriz: nk masuk umah, mula ngan kaki kanan..

Unknown said...

nice post... best bace.. ada pengajaran.. =)

my recent post:
germany argentina

adam said...

zairie: thanx. sama2 kita dpt manfaat =)

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

terharunye~ T_T

ZF said...

zakiah tbe2 rs cm nk kawin wlpn xde calon lagi..;p
mmg cinta xperlukan sebab.. sebab ia lahir dari hati kn... kita pn kdg2 xsedar bile kita jatuh cinta n syg sorg2 tu.. ;))

FyZa said...

cinta x perlukan sbb..tacing plak..sobs..

FyZa said...

cinta x perlukan sbb..tacing plak..sobs..

farah said...

suka sgt post ni..memang betul xde sebab bila kite mencintai seseorang..nnti nk pinjam boleh x incik tuan tanah?hehehe

Un Phat Lee said...

tajuk sambungan cerita: cuti tanpa sebab.LOL. B)

NiZaM Limited said...

bagi saya..cinta memang perlukan sebab..
cintai Allah kerna Dia adalah pencipta Sebenar2nya..
cintai sesama manusia..kerna dia cintakan Allah..
Cinta ibubapa, kerna mereka besarkan kita dari kecik tanpa berkira.

kita tak boleh main belasah je cinta orang yg tak pegang pada agama..tu bukan tuntutan cinta yg sebenanr2nya..

but still nice entri yg boleh sama2 kita pikirkan..:)

jom sekali skala TeRjaH ke blog saya:

http://nizamlimited.frenzyfm.my

- elina - said...

mana lah nk cari laki yg mcam tuh..
hehek

faizalnizam said...

ada satu persoalan.. memang semua perempuan suka bertanya "sebab" ke seperti dalam entri ni?

sebab aku penah alaminya di mana dia sentiasa bertanya sebab ape sebab ape dan sebab ape.. dan bila dah naek muak asik dengar soalan yg sama.. erm.. hahaha.. sori emo plak kat sini.

nice post dude!

adam said...

cutebabygirl: terharu gak. sobs..

zakiah: bile nk kawin jgn lupa jemput, hehe.. :)

fyza: mmg touching entry ni, huhu..

farah: nk pinjam entry? boleh, no problem.. =)

Un Phat Lee: kena amik MC tu, haha..

NiZaM Limited: cinta seseorang hanya keranaNya. tak perlu sbb lain.. :)

cik elina: laki tu ada kat sini, hihi..

Fyzal: pengalaman mendewasakn kita =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails